Minggu, 23 Februari 2014

Rujuk


RUJUK
A.      Pengertian Rujuk
Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk adalahmengembalikan istri yang telah ditalak pada pernikahan yang asal sebelum diceraikan, dengan syarat-syarat yaitu sebagai berikut:
1.      Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri  terlebih dahulu.
2.      Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.

B.     Hukum Rujuk
1.      Wajib yaitu Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan  pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
2.      Haram yaitu apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.
3.      Makruh yaitu apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
4.      Mubah ( boleh ) yaitu jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belahpihak.
5.      Sunat yaitu Sekiranya mendatangkan kebaikan.
Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:
a)      Belum habis iddah.
b)      Isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
c)      Talak itu setelah persetubuhan.
C.    Rukun Rujuk
1.      Suami yang merujuk
Syarat-syarat suami sah merujuk:
a)      Berakal.
b)      Baligh.
c)      Dengan kemahuan sendiri.
d)     Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.
2.      Isteri yang dirujuk.  
Syarat isteri yang sah dirujuk:
a)      Telah disetubuhi.
b)      Istri yang tertentu. Kalau suami menalak beberapa istrinya, kemudian ia rujuk kepada salah seorang dari mereka dengan tidak ditentukan siapa siapa yang dirujukkan, maka rujuknya itu tidak sah
c)      belum dijatuhkan talak tiga
3.      Ucapan yang menyatakan rujuk.
4.      Syarat-syarat lafaz:
a)      Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami aku rujuk engkau atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”
b)      Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mau”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mau.
c)      Tidak terbatas waktu, seperti kata suami aku rujuk engkau selama sebulan”.
Isteri yang telah habis tempo iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula.Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.

D.    Hikmah Rujuk
1.      Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan   kerukunan numah tangga.
2.      Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
3.      Dapat menimbulkan kesadaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar